Friday, December 3, 2010

SOLAT JUMAAT ADALAH HAK MUSLIM

Bila membaca artikel di bawah, saya terfikir, betapa susahnya masyarakat Islam di luar sana untuk melaksanakan syariat Islam, walaupun untuk bersolat Jumaat. Mereka kekurangan masjid, sanggup bersolat di luar masjid didalam keadaan kedinginan semata-mata menunai hak sebagai seorang muslim beriman.


Tapi, kita di sini, senario hari Jumaat ialah,kelihatan ramainya anak muda, datang ke masjid, duduk di luar masjid, bawah pokok, sedangkan kawasan saf dalam masjid masih longgar. Bukan duduk berlutut, sebaliknya duduk atas motor,bergurau senda bersama-sama kawan. Langsung tidak ada kesedaran untuk menunaikan hak diri sebagai seorang muslim beriman. Agaknya datang ke masjid semata-mata tak mahu mak ayah bising kerana tidak pergi bersolat Jumaat.


Alangkah ruginya mereka ini...dan sampai bila situasi ini akan berakhir, siapa yang mahu mneyedarkan mereka?


IA hanyalah sebuah senario tipikal hari Jumaat di Moscow. Para jemaah melutut di bawahru_03.1 hujan di luar masjid terbesar Moscow dan terpaksa menggunakan kasut mereka untuk menindih hamparan sejadah bagi mengelakkannya terselak akibat ditiup angin musim luruh.

Perebutan tempat di dalam masjid menjadi tekanan mingguan kepada penganut Islam di ibu negara Rusia. Moscow mencatat antara peratusan masyarakat Muslim yang tertinggi di Eropah tetapi hanya mempunyai sebanyak empat buah masjid.

Permohonan mereka untuk mendapatkan lebih banyak ruang beribadah telah menimbulkan ketegangan dengan pihak nasionalis Rusia.

“Apabila saya tiba awal, saya dapat tempat di dalam masjid. Jika tidak, saya terpaksa melakukan solat di luar masjid,” kata Abdyl Ashim Ibraimov, 30, yang sering ke masjid Sobornaya iaitu yang terbesar di Moscow.

Ribuan umat Islam membanjiri halaman masjid berkenaan untuk menunaikan solat Jumaat pada setiap minggu. Namun, bangunan hijau yang mempunyai bentuk bulan sabit di puncaknya itu terletak di antara blok-blok apartmen dan sebuah stadium besar di tengah-tengah Moscow hanya mampu menampung 800 orang jemaah.

Komuniti Islam teramai

Apabila masjid itu penuh, jemaah akan memenuhi pejabat pentadbiran. Mereka juga akan bersolat di laman dan akhirnya melimpah di ruang lorong pejalan kaki berdekatan.

“Solat Jumaat amat penting. Sebab itulah kami datang ke sini, sama ada pada hari hujan atau bersalji,” kata Ashur Ashurov yang sudah beruban dan berumur dalam lingkungan 60-an.

Moscow, yang mempunyai jumlah penduduk berjumlah 10.5 juta itu dipercayai mempunyai seramai 1.2 juta umat Islam. Bagaimanapun, Majlis Mufti, Organisasi Muslim Rasmi di Rusia memberitahu jumlahnya menghampiri seramai dua juta orang.

Dengan hanya empat buah masjid, “Ia merupakan kekurangan tempat beribadat yang teruk,” kata imam masjid Sobornaya, Ildar Khazrat Alyaudinov. “Ruang yang ada tidak mampu menampung jumlah pengunjung yang datang dan bersolat,” katanya.

Sejak runtuhnya Kesatuan Soviet pada tahun 1991, ratusan ribu imigran dari republik bekas Soviet terutamanya dari Asia Tengah telah mendiami Moscow. Kesannya, ia memadatkan lagi populasi Muslim yang sudah pun ramai menghuni bandar raya berkenaan.

“Kami meminta supaya masjid dibina di setiap wilayah atau lebih baik lagi di setiap kejiranan,” tambah Alyautdinov.

Bantahan penduduk

Usaha untuk memenuhi tuntutan itu bagaimanapun mendapat tentangan daripada penduduk tempatan yang dipengaruhi sebahagiannya oleh kebangkitan nasionalisme Rusia sejak kejatuhan Kesatuan Soviet.


KESESAKAN di masjid memaksa umat Islam di Moscow bersolat di padang atau kaki lima.

ru_03.2

Menurut Alyautdinov, projek untuk menambah bangunan kedua bagi membesarkan masjid Sobornaya tergendala kerana tidak mendapat kelulusan birokrat.


Selain itu, bantahan daripada penduduk tempatan telah menghalang satu pelan lain bagi membina masjid baru di selatan bandar raya berkenaan yang direka bagi menampung sehingga 5,000 jemaah.

Pemerintah Moscow telah berjanji untuk menyerahkan tanah di sebuah taman bagi membina kemudahan tersebut. Bagaimanapun, penduduk tempatan yang marah, telah menghantar petisyen untuk menentang pembinaan masjid berkenaan sementara kumpulan aktivis antimasjid bertindak lebih jauh, dengan menanam pokok di kawasan berkenaan.

“Ketika ini kami dapat berkumpul di sini bersama haiwan peliharaan dan mengadakan barbeku. Tetapi imam masjid akan berkata: ‘Jangan masak babi di sini, jangan bawa anjing ke sini,” kata jurucakap aktivis berkenaan, Mikhail Butrimov.

“Perbalahan tetap berlaku sekiranya masjid itu dibina,” kata jurucakap memberi amaran.

Sova, sebuah organisasi bukan kerajaan Moscow yang memantau jenayah benci telah mengaitkan protes berkenaan dengan kumpulan Xenophobia.

Sova dianggotai oleh Butrimov yang didakwa dilantik sebagai calon di beberapa pemilihan oleh parti-parti nasionalis yang kabur selain dia sendiri bukan penduduk tempatan kawasan kejiranan tempat masjid yang ingin dibina itu.

Pakar Islam dari Pusat Carnegie Moscow, Alexei Malashenko yang juga pemikir untuk kajian dan analisis bukan pejuang gerila berkata, akar permasalahan berkenaan ialah tiadanya toleransi di kalangan penduduk Moscow. – AFP

Maher Zain - Insha Allah | Insya Allah | ماهر زين - إن شاء الله

Wednesday, October 20, 2010

RUKUN IMAN

1. Beriman dengan Allah Subhanahu wa Taala.

2. Beriman dengan para malaikat.

3. Beriman dengan kitab-kitab suci.

4. Beriman dengan para Rasul.

5. Beriman dengan Hari Akhirat.

6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

RUKUN ISLAM

1. Mengucap dua kalimah syahadah.

2. Mendirikan solat.

3. Menunaikan zakat.

4. Berpuasa di bulan Ramadhan.

5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

Tuesday, October 12, 2010

Pendidikan Bahasa Melayu

Bahasa Melayu ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah MalaysiaIndonesia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu.

berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang.

bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, dan Brunei, serta salah satu bahasa rasmi di Singapura.

Dituturkan di:MalaysiaIndonesiaBrunei,Singapura, selatan Filipina, selatan ThailandTimor Leste,Sri LankaAfrika Selatan, danAustralia (Pulau Christmas danKepulauan Cocos).Dialek standar di Indonesia dikenal sebagai Bahasa Indonesia. Kadangkala diAustralia dan Belanda 
Rantau:Asia Tenggara
Bil. penutur:7–18 juta
jumlah 200–300 juta
Keluarga bahasa:  Austronesia
 Melayu-Polinesia (MP)  MP Nuklear
   Sunda-Sulawesi
    Malayik
     Malaya
      Melayu Tempatan
       Bahasa Melayu

Saturday, October 9, 2010

Tips-tips Pelajar Cemerlang

Bercintalah dengan pelajaran, bertunang dengan mengulang kaji, berkahwinlah dengan peperiksaan, dan berbulan madulah dengan kejayaan.





Bagaimana mahu jadi pelajar cemerlang? Apakah ciri -ciri pelajar cemerlang? Berikut adalah 15 tip atau petua untuk menjadi pelajar cemerlang:


1. Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. Bertindaklah dengan cemerlang.



2. Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar, besar kemungkinan tidak berdisiplin sepanjang hayat.



3. Semua orang mahu berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafsu dan emosi.



4. Kita mudah lupa apa yang kita dengar. Kita sekadar tahu apa yang kita lihat. Kita akan faham apa yang kita amalkan/praktikkan.



5. Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu atau pun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa.


6. Setiap hari, carilah alasan untuk berubah secara positif.



7. Di dalam dunia ini, cuma kita berupaya mengubah diri kita.



8. Apabila kita berubah, semua orang di sekeliling kita akan berubah seiringan dengan perubahan kita.



9. Setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri. Kita yang perlu menyelesaikannya.



10. Segala kehebatan sudah sedia ada dalam diri kita. Sekadar menanti untuk diserlahkan.



11. Orang biasa yang melakukan tindakan luar biasa menghasilkan prestasi luar biasa.



12. Jadikan setiap hari adalah hari terbaik dan sepanjang kehidupan anda akan cemerlang.



13. Kejayaan = Hidayah + Ilmu + Amal + Ikhlas + Istiqamah + Berterusan berubah secara positif.



14. Kejayaan adalah melakukan rutin yang positif secara berterusan.



15. Kegagalan adalah melakukan satu ataupun dua kesalahan berulang kali.